Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Boo Boo & Furby - Grooming For Cat Show

Harini Jumaat 12/11/10 adalah sehari sebelum show esoknya... hurrmmmm Boo Boo & Furby mungkin x gementar.. huuu tp mummy dia yg gementar lebih-lebih..tak sabar-sabar hahahaa....

Mummy tak dapat ambil cuti la sayang utk uruskan Boo Boo & Furby... so harini saya balik kerja pukul 5.30 p.m.. balik je rushing balik rumah ambil dua bebudak ni.. n bawak pergi grooming dekat Trendy Pet Shop di Setapak. My regular Pet Shop... sbb ni je yg paling bagus pada saya dan berdekatan dengan rumah saya..

Bukan taknak mandikan mereka ni sendri.. tp sebab2nya :
1. Nanti saya yang mandi sekali..
2. Water heater rosak..
3. Diorg ni menggelupuh dengar bunyi hair dryer..
4. Mummy dia letih sbb baru balik keje..

Hahah.. tau pon diorg ni diam bile orang lain yang mandikan.. bile tang Mummy dia.. meronta lebih..sampai kejar satu umah.. org lain senyap je.. mcm merelakan je sbb xtau nak buatpe da.. huuu. geram je... Boo Boo yang mandi dulu.. Furby kat dalam carrier tu msti ckp alamak.. turn aku lpas ni.. heeee.......


Boo Boo geram je kene mandi.. hahahaa..


Turn Furby pulak..! nampak mcam ok.. heee.. tp sebenarnya 2 x 5 je jugak.. heee... senyap sket klu bukan Mummy yang mandikan.. kalau tak lagi teruk la jawabnya...

Furby tang gambar dia gambar gegar je sebab tak duduk diam


Huuu... untuk harini terbang duit Mummy RM 75.00 huuu... ni dia resitnya.. xpela.. Mummy hanya nak yang terbaik untuk Boo Boo & Furby...



Muezza Kucing Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W

Hari ni terdetik untuk membuat entri berkenaan kucing kesayangan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. mungkin kebanyakan kita pernah mendengar kisah ini.. tapi mungkin juga ada yang tidak berapa pasti dan ada juga yang tidak tahu nama kucing kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit ceritanya - hasil carian dari Wikipedia dan beberapa site yang lain..

Muezza (atau Mu'izza) (Arab: معزة‎) diakatakan merupakan seekor kucing peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Berdasarkan periwayatan, Nabi Muhammad pada suatu hari telah terjaga (dari tidurnya), berikutan suara Azan yang memanggil untuk menunaikan solat. Tatkala baginda Nabi bersedia untuk menyiapkan diri untuk bersolat dan baginda hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya jubahnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza. Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada baginda.

Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai juga ketika Nabi Muhammad menerima tetamu ke rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan ditaruh Muezza pada paha baginda. Anakda yang lain mengatakan Nabi Muhammad kadangkala menggunakan air mutlak yang pernah menjadi minuman Muezza digunakan untuk tujuan berwuduk.

Bagi menggambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW keatas kucing, kebanyakan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya. Dalam Islam perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kira samaada haiwan itu haram dimakan atau tidak adalah suatu perkara yang sangat terkutuk dan berdosa serta tidak bertamadun. Binatang dan tumbuhan juga harus dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah

ms.wikipedia.org/wiki/Muezza


Kiki Time..!!

Ni adalah time Kiki utk dimandulkan. Kiki merupakan kucing kedua saya kembirikan selepas Kesayangan saya 'Notty'.

Saya bawa kiki ke SPCA sebab saya dah kenal dengan Dr. yang bertugas dekat sana, Dr. Pushpa. Sebelum pergi saya da beberapa kali cuba menghubungi SPCA untuk membuat temu janji, tapi gagal kerana nombor tiada dalam perkhidmatan. Saya nekad untuk pergi pada hari ahad (31 Oktober 2010), disebabkan kiki tengah 'on heat'. Semalam baru je balik kerumah setelah dia hilang hampir seminggu. Memang risau la takut dapat lagi anak nanti. Disebabkan tinggal di rumah flat sekarang saya tidak boleh menampung terlalu banyak kucing.

Setibanya saya di SPCA, alamak..! ada JUMBLE SALE la plak.. tu la x cek kat website lagi..! saya pon tinggalkan kiki dalam kereta dengan membuka tingkap sekejap. saya dan hubyy sempat la jugak menengok barang2 heee... nak jugak buat donation.. Jalan punye jalan terjumpe lak DVD SAMSUNG kebetulan DVD kat umah pon rosak so hubby beli la.. RM20 je.. xkesah la elok ke x.. tp kire puas hati dapat menderma.

Saya berjumpa dengan Dr.Pushpa yang sebok menjadi Cashier.. huuuu... Dr.cakap dia xdapat buat hari ni terlalu bz. n berkenaan talian.. kene potong la.. huu.. kene call yang no. lagi satu.. huu Disebabkan saya yang tak boleh ambil cuti esoknya saya terpaksa boarding Kiki dekat sana. Lagipon kesian kat Kiki dia da puasa.. sejak dia balik pagi semalam saya suruh mama saya puasakan dia..

Hantar je Kiki utk Boarding saya meminta pekerja tu memberi dia makan...dan biarlah pihak mereka menjaga dan puasakan Kiki untuk pembedahan esoknya.

Gambar Hantar Kiki pergi kembiri takde sebab kelam kabut la masa ni.. huuu..
yang ade resit dia je...

RM60.00 untuk Mandulkan & RM20.00 untuk Boarding

Secara Rasminya Kiki dimandulkan pada 1 November 2011. dan dari tarikh ni la saya terus bawa Kiki tinggal bersama saya.

P/S : DVD tu elok tau..! Huuu da tgk Cite da pon... Bagusla RM20 je.. tuah kucing la katekan..!

Next will be Buboy & Dotty..!!

Bile Anak Beranak Berposing..!! - Tam & Kiki

Hahahaa.. photoshoot time... semalam ada masa sikit.. so bawak la si Tam ni masuk bilik n amek la gambar dia.. gambar terbaru yang sudah gemok..! Tp ssh nak suh dia ni posing.. asyik sebok je nak groom badan dia..!! Enjoy the photo..!

Bbbrrrrr....






I'm Watching You..!!!

Ni Kiki... baru lepas lap mata dia... n lex ubat.. tu yg muke basah..
Dalam proses baik dari lepas dikembirikan..




 








Do's & Dont's For Cat Show


Entry kali ni saya nak berkongsi pada semua berkenaan Do's & Dont's semasa Cat Show memandangkan sampai kehujung tahun ni terlalu banyak Cat Show yang akan diadakan dan mungkin ada yang baru ingin mencuba. Walaupun saya tidaklah terlalu berpengalaman dalam Cat Show dan masih baru. Eloklah sekiranya kita saling bertukar pendapat.

Do's & Dont's ini saya dapat dari seorang otai iaitu Sis DC / Gee - http://www.dearcats.blogspot.com/  yang beri saya masa kali pertama saya mencuba untuk masuk Cat Show. Menurut Sis DC, beliau peroleh tips ini dari seorang rakannya.

Note : Sis, saya kongsikan info ni ye? Terima Kasih untuk info ini.. banyak mengajar saya. Setiap kali Show mesti print sebagai Check List. Saya ada tukar ayat dan tambah sedikit mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ni.

Sesiapa yang mempunyai tambahan, bolehlah sama-sama berkongsi.

Do's

Sehari sebelum Show :

1.Bersihkan sebersih-bersihnya kucing - pastikan telinga, mata dan hidung bersih, kuku pendek dan bulu tak bersimpul.
2. Tepat pukul 12.00 a.m, malam sebelum show esok paginya, puasakan kucing - tarik makan dan minum. Kurungkan kucing bersama dengan litter box- ini bertujuan untuk mengelakkan Kucing dari pee & poo masa show - Markah akan dipotong jikalau kotor.
3. Pastikan semua barang-barang yg penting telah diletakkan di dalam satu bag. (Saya akan bawak macam2 takut ada yang diperlukan nanti - kalau boleh nak bawak satu toolbox kucing)
- Vaksin Kad
- Sikat
- Tissue Paper / Roll Tissue
- Alas Sangkar - boleh juga gunakan alas kaki biasa. (Saya gunakan carpet yang saya perolehi dari office - sample carpet). dan bantal untuk sikecik tidur.
- Kapas / Cotton Bud - Incase Telinga dan Mata Kucing Kotor masa Show
- Toys untuk Kucing - supaya kucing tak bosan masa Show nanti.
4. Bersihkan Carrier Kucing

Show Day :

1. Bangun pagi - Bersedia seawalnya. Kalau boleh berada disana awal lebih selesa untuk menyiapkan kucing anda. Selalunya vetting in start jam 7.30 pg sampai kul 8.30 pagi. Pastikan anda tidak lewat.
2. Sembahyang subuh.
3. Pastikan semua benda nak bawa dah ada. Kalau boleh letakkan setempat supaya tidak tertinggal.
4. Sebelum masukkan kucing dlm carrier, sikat bulu kucing, belai2 & cakap2 sikit dengan kucing untuk beri dia semangat.
5. Jgn sekali-kali cakap kuat atau tunjuk kelam kabut dpn kucing, bersikap tenang sahaja. - takut dia stress.
6. Sampai tempat Show, terus buat pendaftaran.
7. Sikat kucing & bersihkan apa yang patut.
8. Beratur tunggu giliran utk vetting-in bersama dgn vetting-in slip (diberi masa register)
9. Lepas vetting-in (kalau dibenarkan) terus pergi ke sangkar mengikut nombor sangkar yg diberi.
10. Letakkan alas sangkar dan perlahan-lahan kucing anda.
11. Pastikan sangkar kucing anda sentiasa di selak setiap masa - Pemilik sebolehnya kena selalu ada di tepi sangkar. ( Kadangkala ada pelawat yang pandai-pandai bukak, cucuk2 kucing kalau geram. So pemilik dapat cakap baik-baik dgn pelawat untuk bertindak sebegitu untuk mengelakkan kucing stress atau menjadi garang. ( Sesetengah penganjur show akan meletakkan barrier utk mengelakkan pelawat masuk ke kawasan sangkar kucing - hanya pemilik dan committee sahaja yg dibenarkan berada dekat dengan sangkar).
12. Sentiasa peka dengan sebarang pengumuman - bila tiba kategori anda, nombor sangkar anda akan dipanggil untuk di nilai oleh pengadil - cepat-cepat pergi ke nombor Ring yang disebut.
13. Lihat bagaimana cara yang betul utk pegang kucing semasa dinilai nanti - anda boleh tanya pada mereka yg dah ada pengalaman show.
14. Sentiasa senyum, bersikap ramah dan menjawab pertanyaan bila pengadil bertanya anda (kadang-kadang ada pengadil yang terlebih ramah atau banyak bertanya bermaksud dia suka kucing anda dan ada harapan untuk menang.
15. Sekiranya kucing anda menang 1st place, akan ada lagi kategori seterusnya - Sentiasalah bersedia.
16. Sekiranya mempunyai masa, berbual-bual dan berkenalanlah dengan peserta lain, exhibitor dan pengunjung.
17. Selalu ke sangkar kucing anda belai-belai dan sikat kucing anda untuk menenangkan dan release stress.
18. Kalau ada permintaan terhadap kucing anda, cubalah seboleh mungkin penuhi, sekiranya kucing anda dalam keadaan yg baik / tidak tido / tidak garang dan sebagainya.
19. Jangan bersikap sombong semasa di Show.
19. Enjoy sepanjang perjalanan show itu walaupun tidak memenangi apa-apa.
20. Anda tidak boleh membawa balik kucing anda selagi semua pertandingan tidak tamat.
21. Melipat balik sangkar setelah tamat pertandingan.

Donts : during show :


1. Berlagak dan bersikap menyombong
2. Berdiam diri
3. Rasa rendah diri
4. Sentiasa jauh dari kucing anda
5. Memberi makan dan minum pada kucing anda
6. Mengkritik kucing-kucing dan peserta lain

Harap Tips ni dapat membantu yang lain..

2nd HHP National Cat Show 3 Ring [19.12.10] @ The Mall

Cat Show lagi.... hurmmm habis la duit mummy camni... tp tak apa.. seronok punye pasal saya akan try bodek hubby saya..!! heee...

Cat Show kali ni akan diadakan di The Mall.. hurmm tau tak kat mane..? ala yang kita panggil yaohan dulu2 tu... dekat je dengan rumah saya.. so lebih mudah la.. tak sampai 10 minit pon boleh sampai klu x jam la..
 
Berminat nak sertai..?


Emailkan peyertaan anda ke :


Sertakan butir2 berikut :
Nama Pemilik :
No. H/P :
Nama Kucing
Tarikh Lahir Kucing :
Jantina Kucing :
Long Hair / Short Hair :

Nota : Tiada had penyertaan, pemilik boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

Cepat pertandingan dibuka kepada 200 penyertaan berbayar.
Tarikh tutup : 12 December 2010
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : www.petfinder.com.my / email sahaja ke klcatshow@yahoo.com


Untuk Cat show ini.. saya telah mendaftar Boo Boo & Furby. bukan terlalu lebihkan or sayang mereka.. tapi mereka ni je yang dah bersedia utk show.. yang lain tu sbb tak vaksin lagi.. Mummy dia xda duit.. heheee.. tapi jangan risau.. Klu Kiki da sihat nak msukkan Kiki jgak.. begitu jugak Duke, Pirate & lain2.. tp mummy nak masukkan yg gomok2 je... so kamu sume makan la byk2 n tgk jugak fulus mummy klu ade duit nak vaksin kamoo.....tapi mummy akan cube ye.. heee.. 

**Update untuk result show

Furby [Male Kitten Long Hair]

Ring 1
Ms. Permanawati - None

Ring 2
Mr. Ricky Low - 3rd Best HHP Male Kitten Long Hair


Ring 3
Ms. Lucy Teo - None


Boo Boo [Male Adult Long Hair]


Ring 1
Ms Permanawati - None


Ring 2 
Mr. Ricky Low - Best HHP Male Adult Long Hair


Ring 3 
Ms. Lucy Teo - None



 
 
 

MCFA-TICA 12 Ring International Cat Show [13.11.10 - 14.11.10] @ Tropicana City Mall

THE BIGGEST CAT SHOW IN MALAYSIA EVER..!!




Ni Cat Show yg seterusnya... anjuran MCFA hurmm kali ni agak mahal sikit fees dia sbb 12 Ring dan dijalankan selama 2 Hari.. walaupun agak mahal.. tapi saya rasa seronok dan yang paling penting sebenarnya dah ketagih join Cat Show ni.. kalau boleh sume Cat Show nak join... Nak tgk tahap keupayaan kucing2 saya...

Walaupun saya dgr berbagai2 cerita berkenaan panganjur ini.. Tapi itu tak mendatangkan apa2 masalah pada saya.. pada saya sekiranya pihak penganjur xda buat apa2 pada saya xda mendatangkan masalah.. so saya x kesah.. sbb mayb tu masalah antara mereka.. As long pihak penganjur okay dengan saya.. so saya pon tiada masalah dengan mereka...

To Boo Boo & Furby, pasal Cat Show ni la mummy kene ikat perut tau.. nak kasi kamu berdua masuk punye pasal.. mummy da berkorban.. so jgn nakal2 tau.. sian kat mummy...

Sekarang ni counting time saja.. dah dekat dah ni..so Boo Boo & Furby.. jangan nakal2 ye.. kamu berdua ni keje main je.. kang jadi pape lak nanti.. bulu tertobek la ape la..ganas sgt..! so sory.. untuk minggu ni mummy kene kurangkan aktiviti kamu berdua.. heee...

_______________________________________________________


* Update on Results

Day 1 - 13 November 2010

HHP Kittens - (401 - Furby)

Ring 1

Judge : Ms. Linda Kay Ashley (Oregon)
Result : -

Ring 2

Judge : Ms. Kathrine Marshall (California)
Result : Best HHP Kitten

Ring 3

Judge : Ms. Pamela A.Barrett
Result : 3rd Best HHP Kitten

Ring 4

Judge : Ms. Nancy Parkinson
Result : 9th Best HHP Kitten

Ring 5

Judge : Ms. Erin Brown (Australia)
Result : Best HHP Kitten

Ring 6

Judge : Mr. Luiz Paulo (Brazil)
Result : 8th Best HHP Kitten

HHP Adult - (427 - Boo Boo)

Ring 1

Judge : Ms. Linda Kay Ashley (Oregon)
Result : Best HHP Cat

Ring 2
Judge : Ms. Kathrine Marshall (California)
Result : -

Ring 3

Judge : Ms. Pamela A.Barrett
Result : -

Ring 4

Judge : Ms. Nancy Parkinson
Result : -

Ring 5

Judge : Ms. Erin Brown (Australia)
Result : 2nd Best HHP Cat

Ring 6

Judge : Mr. Luiz Paulo (Brazil)
Result : 2nd Best HHP Cat
 
Day 2 - 14 November 2010

HHP Kittens - (401 - Furby)

Ring 7

Judge : Ms. Linda Kay Ashley (Oregon)
Result : 6th Best HHP Kitten

Ring 8

Judge : Ms. Kathrine Marshall (California)
Result : -

Ring 9

Judge : Ms. Pamela A.Barrett
Result : 4th Best HHP Kitten

Ring 10

Judge : Ms. Nancy Parkinson
Result : 3rd Best HHP Kitten

Ring 11

Judge : Ms. Erin Brown (Australia)
Result : 3rd Best HHP Kitten

Ring 12

Judge : Mr. Luiz Paulo (Brazil)
Result : -

HHP Adult - (427 - Boo Boo)

Ring 7

Judge : Ms. Linda Kay Ashley (Oregon)
Result : -


Ring 8
Judge : Ms. Kathrine Marshall (California)
Result : -

Ring 9
Judge : Ms. Pamela A.Barrett
Result : 6th Best HHP Cat

Ring 10
Judge : Ms. Nancy Parkinson
Result : 6th Best HHP Cat

Ring 11
Judge : Ms. Erin Brown (Australia)
Result : -

Ring 12
Judge : Mr. Luiz Paulo (Brazil)
Result : -


Full Result..?? Click Here..!


Royal Canin 1st HHP Cat Show @ South City Plaza - (2 Ring) - 03.10.10




Ni Cat Show yang kedua saya join.. Show ni yg kedua buat Boo Boo dan yg pertama bg my BB Furby... hee... saja je hantar dia masuk..

Untuk Cat Show ni lain sikit.. saya minta rakan saya Yana www.myfurrkids.blogspot.com utk jaga anak2 bulus saya during cat show.. saya tahu cat show ni pon last minit sbb da lame xon9.. biasala baru kahwin masih bz.. n pindah rumah my hubby internet connection xda lagi.. Sebelum tu saya minta persetujuan dari rakan saya dia boleh jaga atau tidak sebab kebetulan 1 , 2 & 3 Oktober tu Wedding abg saya.. setelah mendapat persetujuan.. Kebetulan pula pendaftaran masih dibuka.. saya pon membuat pendaftaran..

Kali ni.. Furby & Boo Boo saya mandikan sendri je..hari sabtu malam saya mandikan mereka.. heee... fulus kurang sket la.. heee.... walaupon payah bergelut ngn mereka.. sampai saya2 pon mandi skali
 
Tepat 12.00a.m mereka berdua dipuasakan.. huuu Boo Boo mayb da biasa.. tp si Furby ni da la keje makan je..hurmm sian dia..

10th - Duke

Type : Cat
Breed : Domestic Short Hair
Gender : Female
D.O.B : 11 May 2010 (approx.)
Color : Calico
Size at Maturity : Medium
Hair Length : Short
Vaccinated : No
Dewormed : No
Spayed/Neutered : No

Duke - Refer pada nama boleh agak kot ape itu Duke? Duke = Highway = Duke... ape itu.?

17 Julai 2010 - Hurmmm fikir nasib si Duke ni mmg bernasib baik.. Seminggu sebelum wedding saya, saya keluar bawak Notty pergi vet jumpe Dr.Zul sbb Notty da start sakit.. So otw balik dari klinik kami lalu Highway Duke, arah nak ke Sri Gombak la.. nak balik rumah.. So nak dijadikan cerita.. kami ada kat lane tgh.. sampai je dekat jejantas area Taman Pelangi.. saya ternampak sesuatu di tengah jalan.. betul2 di garisan yg membahagikan lane tgh n lane kanan(lane paling laju) - pada sesiapa yang biasa lalu Duke tau2 jela kan macam mane lajunya kereta kat Duke tu.. hurmm... So bile da nampak dr jauh saya tanya Hubby ape tu.. benda ape.. so bile da dekat ternampak mcm kucing n macam kebetulan dia pon toleh ke arah kete kami yg semakin dekat dgn dia.. so bile da lepas saya tanya hubby hidup lagi ke.? kucing tu kan..? kan..? kan..? n saya pon merayu2 kat hubby patah la balik.. nanti mati kucing tu.. dia hidup lagi..

So bile hubby kesian tgk saya merayu2 n kebetulan depan sikit ade susur keluar dr Taman Koperasi n hubby pon rapat ke kiri n tgk kereta xda kami pon u-turn jela kat susur tu.. huu membuat kesalahan lalu lintas dengan memandu berlawanan arah... hubby lalu jalan tu n keluar ikut susur masuk kat depan.. nasib kebetulan xda kereta sbb situ satu lane je..n keluar balik kat highway... kami pon dengan kelam kabut nak berhentikan kereta kat bawah jejantas tu yg kebetulan ade Bus Stop. trun je dr kereta kebetulan bas pon baru berhenti n nak jalan.. jalan je bus tu ade seorang lelaki india dia tgk sepak2 kucing tu.. sebenarnya dia yg selamatkan kucing tu dlu bawak ke tepi jalan.. tp mayb cara dia sepak tu jela.. n kebetulan ade satu kereta berhenti kat depan sikit.. ade seorang lelaki melayu berlari kearah kami.. rasanya abg tu pon nak selamatkan kucing tu.. kebetulan kami berdua marah india tu sbb sepak kucing tu x boleh ke pegang kami ckp n india tu mcm xtau nak ckp ape cam serba salah n dia pon berlalu.. abg tu cube nak tangkap kucing tu tp dia ganas.. cube nak cakar n gigit.. so saya pon berlari ke kereta nak ambil AD sbb ade beli utk Notty dgn tujuan nak umpan la kucing ni.. sampai je abg tu pon dapat tangkap n saya patah balik ke kereta keluarkan Notty n ambil carrier.. abg tu ckp kat my hubby ambil la kucing ni buang kat mane2.. dia pon pas kucing tu kat my hubby..so mase nak pas tu kucing tu gigit tangan my hubby sampai luka..! n kami masukkan kucing tu kat carrier n saya lex AD ut bg dia makan... fikir2 balik kesian kat india tu.. dia cube nak tolong.. mayb dia x pegang sbb kucing tu garang.. tu yg dia tolak ngn kaki.. sbb masa tolak ngn kaki tu pon sy tengok kuci tu bengis.. bunyi2 dia marah... n fikir balik abg tu ckp "ambil & buang kat mane2 la kucing ni" ish..! xkan saya nak buat mcm tu kot.. n ckp kat hubby bawak balik la.. sy jaga.. dia ade jgak ckp boleh ke jaga sbb tgh bz preparation wedding.. saya cakap boleh.. saya cube.. n cakap nanti da sihat kita put for adoption la..konon la..

Dalam kereta saya decide nak bg nama duke xkire la jantan ke betina.. sbb tadi mmg xdapat nak pegang dia sbb terlalu ganas.. mayb takut pon ye.. sbb dia da dikelilingi kereta bunyi bising.. Sampai je kat rumah saya masih letak kan dia kat dalam carrier sbb mmg tak boleh keluarkan dia.. ganas nak gigit..! saya nampak kat kaki dia ade luka sikit n xdpat nak jalan.. dia cume heret kaki dia.. saya xdapat nak sapukan ubat sbb dia mmg nak cakar..!tpaksa biarla dlu.. harap xda ape2..so saya pon cube la pujuk2 dia bg AD dgn spatula.. dekat je dia nak cakar.. huuu..tp ade2 masa saya dapat masukkan tangan n usap kepala dia.. n dia ok.. lame sket je bunyi n nak cakar.. mayb terlupe jap kot sedap punye pasal.. heee... so biarjela AD kat dalam n letak dia kat dapur rumah..bg dia relax dlu..

 Duke - masa baru sampai dirumah - garang & cedera




Malam tu saya cube layan dia.. cube tenangkan dia.. n dia makin okey.. saya suap AD kat dia n dia makan.. sikit2 demi sikit saya suap.. n dapat usap dia walaupun sekejap2 dia nak cakar saya cuba dan cube.. rasa tenang sikit la bile dia da mule nak makan.. so mlm tu biarla dia tdo dalam carrier lagi..sbb cage full xboleh nak campur lagi.. n lex makan n minum secukupnya.. esoknya saya cube jugak bermain2 la dgn dia.. n makin ok..

19 Julai 2010 - Isnin - kebetulan Notty da makin nampak teruk.. so lunch time saya tpaksa balik nak bawak Notty g AMC utk X-ray n nak refer kat Dr.Zul.. so saya terpaksa gune carrier n minx mama saya tgk2 kan la dia.. skali balik2 je malam tu saya tgk Mama saya da campurkan Duke dgn Dotty & anak2 dia dalam cage.. terkejut la saya.. n saya bising2 la ckp gado la diorg nt.. n mama saya cakap mane ade gado.. ok je.. sbb sy tgk Duke kat dalam litter box je macam takut2..dia jalan pon seret je.. masih xdapat nak pgang dia..
Keesokan harinya... saya nampak Duke menyusu dgn Dotty.. alhamdulillah Dotty sanggup jadi ibu susuan.. Kebetulan Dotty mmg tgh menyusukan anak2 dia.. n perbezaan umur anak Dotty n Duke mayb beberapa mgu or sebulan. so xnampak beza sgt..Bile Duke da menyusu saya lega.. n da bole jinakkan dia.. n saya letakkan ubat gamat..so Duke sampai la sekarang membesar dgn 3rd Generation anak Dotty seperti adik beradik..

Cerita put for adoption tu..??? tgal cerita jela.. saya ni lain.. klu da jaga.. dari teruk sampai la sihat saya jadi sayang n mmg xnak serahkan pada org lain.. hurmm n saya rasa saya masih mampu jaga mereka so saya jaga la dengan penuh kasih sayang sehingga sekarang..
 

9th - Ms. Pirate

Type : Cat
Breed : Domestic Short Hair
Gender : Female
D.O.B : 18 June 2010
Color : Calico
Size at Maturity : Small
Hair Length : ShortVaccinated : No
Dewormed : No
Spayed/Neutered : No

Ms. Pirate - 3rd Generation anak Dotty.. bagi nama Pirate sbb warna dia.. ade satu dot hitam kat mata dia.. nampak mcam pirate lak.. mule2 igt dia jantan.. skali betina.. tu yg tambah MS. Pirate.. huuuu.. kelakar je plak.. ni mmg macam mak dia.. ya ampun... tah dari celah mane kat cage tu boleh je dia keluar.. yg lain x keluar pon.. dia ni je menyelinap kat mane pon xtau la.. baru je kurung, nanti tibe2 sampai je kat kaki.. da la klu org jalan time tu la dia nak berlari2 kat kaki kite. ppandai memboloskn diri ni.. pasal dia la cage tu da xda rupe sbb sana sini ade masking tape sbb xnak kasi dia keluar.. bahaya sbb lepas kawin stay rumah mertua.. Flat plak tu.. kang nanti mane2 dia terjun plak ke bawah.. jangan lah..! tu yg bahaya.. Tapi skang Pirate da besar so dah tak boleh keluar. tp pandai plak bukak cangkuk cage tu.. tpaksa la lex selak.. hurmm. poning kepala...



8th - Notty Jr.

Type : Cat
Breed : Domestic Short Hair
Gender : Male
D.O.B : 18 June 2010
Color : Red & White
Size at Maturity : Small
Hair Length : Short
Vaccinated : No
Dewormed : No
Spayed/Neutered : No


Notty Jr. - 3rd Generation anak Dotty.. Nama Notty Jr ni diberi sempena nama kucing saya yang saya amat sayang.. iaitu Notty, yang telah meninggalkan saya pada 31 Julai 2010. Saya by si Notty ni nama sama sebab warna bulu dia.. cume yg beza Notty Hitam n Putih, tapi si Notty Jr ni Orange n Putih.. Ekor semua orange n ade satu dot kat kepala warna orange.. same je macam Notty.. dia mengingatkan saya dgn Notty n satu2nya male utk 3rd Generation anak Dotty.. hurmm sayang dia.! Notty Jr pon ape kurangnya.. mmg nakal yg teramat.. penat la layan dia. sesuai ngn nama dia.! suke panjat sane sini.. nak tangkap dia pon.. dia boleh main2kan saya.. da sampai dekat saje je lari.. cam nak main kejar2 plak ngn Mummy dia...


--------------------------------------------------------



24 October 2010 - Nampak ade perbezaan kat Notty Jr.. dia nampak macam lemah je.. n mata dia pon semacam je.. hurmm semakin risau tgk keadaan dia.. tapi masih bermain lagi n masih ade selera makan... so biarla dlu... saya cume bagi dia makan ayam rebus je.. n nama berselera...


26 October 2010 - Pagi sebelum pergi kerja kemas cage mereka n tgk NottyJr mmg da lemah.. tp masih ok.. biar dlu.. n balik jekerja tgk dia da terlalu lemah.. anak mata dia pon da lain.. n mata pon xnampak sgt sebab da tertutup ngn selaput mata tu.. risau betul.. nearest vet da tutup.. kebetulan nak kene pergi beli brg dapur ngn mak mertua, so saya pon keluarkan Notty Jr dari cage n lexkan atas bantal dalam bilik mereka.. n saya pon keluar sekejap.. kebetulan bli brg dapur saya beli Dada ayam utk direbus..
Sampai je dirumah perkara pertama saya buat terus meluru cari Notty Jr.. tgk2 dia mcam da lembik.. sbb mcm basah je bantal tu n dia pon da terlentok mmg macam da mati.. saya pon gerak2 kan dia. da mmg nak menangis la..igt da mati.. skali dia bangun dengan lemah.. basah tu mayb dia terkencing.. xlarat nak bangun. so saya pon ambil dia..lap2 badan n muka dia. pindahkan dia dalam bakul.. n tgk mmg da xda harapan da... mmg macam malam tu jgak mati.. tp saya x putus asa.. malam tu saya rebus dada ayam.. n suapkan dia makan.. saya bg dia minum air rebus ayam tu.. saya paksa jugak.. sbb dia x makan2.. paksa dia makan sikit... n lap2 kan dia. Nampak keadaan dia macam ok sikit bermaya sikit...
Malam tu Notty Jr tdo dengan saya.. saya selimutkan dia dalam bakul tu.. n belai dia.. saya asyik2 terjaga tgh malam sbb nak periksa Notty Jr.. tiap kali bangun saya mesti gerakkan dia sbb risau.. huhuuu.. sian Notty Jr. asyik2 kene kacau tgh tdo.. n ade skali saya terjaga dia da keluar dari bakul n tdo sebelah saya. Bile terjaga dia pon pandang saya buat muke kesian.. rupanya dia terkencing dekat cadar sikit..takpe saya x marahkan dia n masukkan dia tdo kat bakul balik..







Bangun pagi tgk dia ade perubahan nampak ok sikit..tp saya masih risau.. Saya tempatkan Notty Jr dalam carrier sbb klu dalam cage adik beradik dia tu nakal... main langgar2 dia n dia diam je.. so biar dia rehat... kat tempat kerja saya x senang fikir dia risau.. n cakap kat hubby minta bawak saya balik ambil Notty nak bawak g Vet. saya da buat appoinment dengan Doc. Lunch time saya pun balik.. n bawak Notty g vet naik moto je, lex dia dalam paper bag... sbb dari rumah klu ikut jalan dalam dekat je.. Sampai je Doc xda pulak.. sy pon rushing.. so saya tinggalkan Note n tinggalkan Notty kat assistant dia..

Sampai je dekat ofis Doc kol ckp Notty ni demam sikit.. takut virus je sbb Notty x vaksin lagi.. so Doc da bg ubat yg sepatutnya.. saya boarding Notty utk ptg tu.. balik kerja baru ambil dia.. n balik je kat rumah dia da start2 berlari ikut saya kemana saya pergi..da nampak Notty sihat sikit.. Lega hati saya..

7th - Mocha

Type : Cat
Breed : Domestic Short Hair
Gender : Female
D.O.B : 18 June 2010
Color : White / Brown
Size at Maturity : Small
Hair Length : Short
Vaccinated : No
Dewormed : No
Spayed/Neutered : No


Mocha - 3rd Generation anak Dotty.. Mocha ni mmg buat org pening kepala dengan dia... Mulut paling bising dia la.. Kalau dalam cage dia je berbunyi.. mendayu2 minx belas kasihan.. huuu.. tp klu da lepas kan.. dia la yg paling nakal.. atas meja sume naik.. sume bersepah2 dia sekor je pon jadila nak buat satu umah sepah.. pening.. nakal.. dia jela anak Dotty yg ekor panjang.. hahaa... da la muke sedih je macam pakai topi je warna coat kat kepala Mocha..

-----------------------------------------------------


Mocha pernah kene sakit mata yang teruk sampai mmg da tak boleh buka mata & bengkak.. Bawak g vet.. Doc ckp kalau x baik kene buang eyeball dia sbb nanti ade infection.. n Doc ajar cuci mata macam mane.. huuu seksanya.. takot.. tp bile da selalu buat.. n apply Gentamicine mmg elok mata dia.. Nasihat Doc.. apply Gentamicine lebih 8kali sehari mesti cepat baik.. mmg betul.. mata dia elok n dia x buta pon. seronok tengok Mocha dapat sihat macam adik beradik dia yang lain2..

6th - Millo

Type : Cat
Breed : Domestic Short Hair
Gender : Female
D.O.B : 18 June 2010
Color : White / Brown
Size at Maturity : Small
Hair Length : Short
Vaccinated : No
Dewormed : No
Spayed/Neutered : No
 

Millo - 3rd generation anak Dotty.. anak2 Dotty kali ni semua sihat2 belaka.. besar2 pon ye jgak.. nakal macam biasa la.. terlalu bijak macam mak mereka jugak.. warna bulu Millo ni cantik, saya suka.. tp anak dotty ekor mesti bengkok.. huhuu.. sian je... Anak2 Dotty yang kali ni keje asyik nak makan je. Adoi.. masak... pas2 suke makan ikan rebus & ayam rebus.. klu bg air rebusan byk pon habis kering mereka telan.. pening kepala dgn mereka ni...



5th - Boo Boo

Type : Cat
Breed : Maine Coon + Persian
Gender : Male
D.O.B : 03 September 2009
Color : Red & White
Size at Maturity : Large
Hair Length : Long
Vaccinated : Yes
Dewormed : Yes
Spayed/Neutered : No


Boo Boo adalah kucing idaman saya... walaupun dia tak pure maine coon.. tapi saya rasa berpuas hati dapat memiliki dia. Boo boo ni saya & hubby da lame tengok.. dari awal 2010 da lame di usha.. huuu... hampir tiap minggu xde buat ape2 kami akan ke petshop ni semata-mata nak tgk boo boo ni la... asyik main je dgn dia.. Kami regular customer kat petshop ni... So da skian lame tgk staff nama mimi dia ckp kalau nak beli beli cepat sebab da ade org tanya2 jugak kat Boo Boo ni.. tunggu punye tunggu akhirnya kami pon membelinya.. n bg la nama boo boo.. saya x suke nama panjang2 sbb susah nak panggil nt...

Boo masa kat petshop baik je..bukak cage pon dia xnk kuar.. tp bile da jaga dia.. dia la no 1 nak kuar dlu.. huu nakal yg amat.. makan pon byk.. rasa seronok n bangga dapat memiliki boo boo..

Playtime..!


4th - Furby

Type : Cat
Breed : Domestic Long Hair
Gender : Male
D.O.B : 08 April 2010
Color : Black
Size at Maturity : Medium
Hair Length : Long
Vaccinated : Yes
Dewormed : Yes
Spayed/Neutered : No



Furby ni anak kepada Tam dia jela yang tinggal lepas adik beradik dia yang lain2 satu persatu mati, tak tahu sebab ape. Furby ni pun jaga dia bukan senang.. banyak kali sakit jugak la dia ni.. n mase Furby lebih kurang 2-3 bulan saya da sibuk dengan persiapan perkahwinan, so si kecik ni mama saya yang tolong jaga.. Mama saya ni terlalu suke layan.. 10 kali dia minta makan.. 10 kali la my mum kasi.. asyik makan je.. banyak perubahan pada Furby ni.. dari kecik sampai la besar.. Masa kecik Furby ni buruk je.. heee. Hitam je.. n bulu dia Hitam tp ade uban2 putih.. hahaa... kesian je budak ni.. keding je dia.. tp bile da lame2 my mum jaga... wahhh gemuk n bulu dia pomn sume da lain.. panjang n hitam..! dah xda uban da.. hehee.....

Furby masa kecik.. buwok je..


3rd - Buboy

Type : Cat
Breed : Domestic Short Hair
Gender : Male
D.O.B : 22 February 2010
Color : White, Golden
Size at Maturity : Medium
Hair Length : Short
Vaccinated : No
Dewormed : No
Spayed/Neutered : No


Buboy anak Dotty yg dilahirkan semasa jagaan saya, hurmm.. inilah satunya anak Dotty yg hidup diantara anak2nya yg dilahirkan pada 22/2/2010. So inilah pengalaman pertama saya menjaga seekor kitten. Setiap hari sentiasa belai dia.. Main dengan dia... pendek kata jaga dia seperti menatang minyak yg penuh la.

Buboy mase kecik pandai tengok tv..

Buboy

28/04/2010 - 10.00 p.m -  sedang saya tgk tv, saya rasa x sedap hati dan berlari ke yard n tgk2 buboy terlantar baring nampak x berdaya.. n badan dia kotor penuh dgn poo & pasir litter.. mayb dia dah tak larat dan masih ke litter box utk poo & pee.. Saya pun terkejut la.. cepat2 la angkat dia bawak ke dalam dan lapkan badan dia n sapukan ubat gamat.. Kaki dia ada luka, saya tak pasti disebabkan apa. tp saya rasa macam kena langgar sebab kebetulan di luar rumah ada budak2 main basikal n ade la jugak dgr bising2.. saya sentiasa monitor dia.. Tiap kali kering je ubat gamat tu saya tambah lagi... dan saya suapkan dia makan pon dia xnak. hati da mule risau.. klu xnak mkn jugak esoknya igt nak bawa g vet la... n malam tu nak buatkan makan utk yg lain2.. skali buboy pon dtg dgn dengkut2 nak makan juga.. so bg la skali.. lega hati tgk.. klu x sentiasa risau.. hari demi hari luka pada buboy makin elok n dia sehat seperti biasa....

Buboy lepas dah letak ubat n dah bersihkan badan dia




2nd - Mama Tam

Type : Cat
Breed : Persian + Domestic Long Hair
Gender : Female
Age : 1 Year 10 Months
Color : Black

Size at Maturity : Medium
Hair Length : Long

Vaccinated : Yes
Dewormed : Yes
Spayed/Neutered : No     


Tam adalah kucing kedua yang datang kerumah saya selepas Dotty (yang masih ada sehingga sekarang) tam bernasib baik kerana hampir dimasukkan ke SPCA. Kebetulan saya ke SPCA kerana nak Vaksinkan Notty (In Heaven), selepas keluar dari SPCA nak menuju ke kereta, saya ternampak sepasang suami isteri sedang membawa cage. Saya pun menyuruhla suami saya berborak dengan pemiliknya, cerita  punye cerita Suami pemilik itu hendak hantar Tam ke sini sebab dia terpaksa pindah tempat kerja dan isterinya bukanlah peminat kucing. Tam pun baru sahaja habis menyusukan anak2nya, dan anak2nya telah diberikan pada rakannya. Selepas berbincang kami bersetuju untuk menjaga Tam, Owner Tam (Abg Shuhaimi) pun ikut kami pulang kerumah dengan tujuan nak melihat keadaan rumah kami. So bermula di saat inilah kami menjaga Tam sehingga la sekarang..



Tam juga seperti Dotty pada siang hari saya lepaskan dia bebas bermain.. Tapi tak perasan bagaimana dia boleh terlepas keluar dan akhirnya.. macam biasala Tam bunting... hurmmm.. lagi... pada masa ni saya ok lagi sebab masih mampu menanggung beberapa ekor lagi..

18/04/10 - Tam lahirkan anak sebanyak 5 ekor.. ape yg terkejutnya.. semua berwarna hitam.. mak oi... cam tikus je mule2 tgk..heee.. tp comel... saya menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.. Tp Tam ni x berapa pandai menjaga anak.. Dia xnak menyusukan anak dia.. Atas nasihat doktor sy kene bagi guna botol dan Dr. Zul juga cakap kucing yg berunsur persian umumnya x berapa pandai jaga anak2 pada yg baru melahirkan.. dan bila sudah beberapa kali melahirkan baru la mereka akan lebih matang menjaga anak... tp yang peliknya selepas sebulan seekor demi seekor anak Tam mati.. setiap pagi saya bangun utk membersihkan cage mereka.. saya terjumpa anak dia mati hari demi hari... sehinggalah tinggal seekor.. iaitu 'Furby'.




1st - Mama Dotty

Type : Cat
Breed : Siamese + Domestic Short Hair
Gender : Female
Age : 2 Years 4 Months
Color : Brown, Cream
Size at Maturity : Medium
Hair Length : Short
Vaccinated : No
Dewormed : Yes
Spayed/Neutered : No     


Dotty adalah kucing pertama sy setelah sekian lama sy x membela kucing. Dotty adalah pemberian kawan abg sy.. Kat rumah dia da terlalu banyak kucing.. Pada mulanya sy cume nak seekor kitten, tp dia bg Dotty ni bersama 2 ekor anak dia... Dgn tujuan jaga sampai anak habis menyusu dan return balik Dotty kalau taknak dia..... tp bile da jage lame si Dotty ni sayang la nak bg balik so still jaga sampai la sekarang... Tp malangnya anak Dotty yg sy bg nama Snowbell & Bumblebee mati selepas sebulan lebih.... sbb jangkitan pada mata...

Dotty (masa baru sampai dirumah)

Dotty dengan anaknya "Snowbell & Bumblebee"



22/2/2010 - Dotty lahirkan 4 baby yang cantik2.... tapi malangnya 3 mati tinggal la seekor... "BUBOY" budak paling nakal tu...

Dotty tengah pregnantkan si Buboy


Saya mempunyai masalah nak kembirikan Dotty ni sebab dia mmg jenis kucing yang tak boleh dikurung. Dia akan bertindak liar dalam cage. Last time kurung cuba kurung,.. dia nak alihkan anak dia.. dia dah gonggong anak dia n tolak2 anak dia dekat pintu cage. Disebabkan kesian tengok anak dia. Terpaksa la lepaskan. Dotty memang selalu keluar rumah, Dotty bukan 'Indoor Cat'. Dotty banyak terdedah pada bahaya kucing2 liar. Itu sebablah saya rasa anak dia selalu mati dan disebabkan Dotty ni juga saya belum vaksinkan dia.

Dotty Preggy lagi...

Dotty sedang berehat seketika

18/6/2010 -  Dotty lahirkan lagi 4 baby.. [Notty Jr, Mocha, Millo & Ms. Pirate] wah kali ni mmg lagi cantik.. dan saya biar saja Dotty ni menjaga anak dia dengan bebas.. kali ni dotty beranak dalam bilik abg saya... kat bawah almari.. rasanya dia suke bilik ni kot sbb last time pon dekat sini...

Anak2 Dotty


Ni memang tak boleh jadi ni... anak Dotty dah bertambah dan dah terlalu banyak kucing di rumah saya ni. Mesti buat sesuatu..  so kebanyakan masa cuba kurung Dotty utk elakkan dia bunting lagi... Satu hari Dotty terlepas dan dia tak balik selama 2 hari.. dan tgk2 Dotty Bunting lagi.. ahh tidakk....