Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

**UPDATE - International Cat Show 2011 [22, 23 & 24 July 2011]

Ingat lagi x dulu baby penah post pasal International Cat Festival anjuran MCFA..? Kalau tak igt boleh refer kat link ni...  http://redzuyattfurrkids.blogspot.com/2010/12/international-cat-festival-2011-mcfa.html 

Show last time ditunda atas sebab tertentu.. so kali ni mereka telah mengeluarkan tarikh baru bg Cat Show ni... hurmm mesti masuk ni.. hurmmm siap kan jela duit ye...ok sebarang maklumat boleh refer disini atau boleh direct ke MCFA ..!! Jom Join..!!~








EARLY BIRD
(REGISTER BEFORE 29th February 2011)

Entry fees 18ring RM420 (6ring FOC) for all breed Pedigree Cat &
18ring RM180.00 (6ring FOC) for all breed HHP will be compete in three category Kitten, Adult, Alter
(Kitten & Alter TICA official show)

HHP TICA registered entitle for TICA TitleMaster (MS)
Grand Master (GRM)
Double Grand Master (DGM)
Triple Grand Master (TGM)
Quadruple Grand Master (QGM)
Supreme Grand Master (SGM)
All hhp point will be send to TICA USA,

For Pedigree TICA TitleChampion (CH)
Grand Champion (GRC)
Double Grand Champion (DGC)
Triple Grand Champion (TGC)
Quadruple Grand Champion (QGC)
Supreme Grand Champion (SGC)

All point will be send to TICA USA,

NORMAL ENTRY FEES18ring RM 850.00 for Pedigree & 18ring RM 450.00 for HHP
A lot of prices to be win !



For Entry Form Click Here..!!

Tips ~ Penjagaan Selepas Pembedahan

Salam, disini baby nak berkongsi sedikit tips2 yg perlu kita ambil berat dan lakukan sekiranya furrkids anda baru menjalani pembedahan / atau pemandulan...


1. Ketika membawa haiwan peliharaan anda pulang selepas pembedahan elakkan daripada tersentuh kawasan yg baru dibedah.

2. Haiwan peliharaan anda mungkin memerlukan sehingga 6 jam untuk mula sedar dari kesan pelalian.

3. Pastikan haiwan peliharaan anda ditempatkan di tempat yg selamat, terlindung dan sunyi untuk pulih kerana ia masih lemah dan tidak dapat mengimbangkan badan sepenuhnya.

4. Letakkan haiwan peliharaan anda diatas kain atau surat khabar untuk memastikannya tidak kesejukan. Pastikan keadaanya sentiasa bersih dan kering kerana ia mungkin berkumuh dalam keadaan separuh sedar.

5. Berikan sedikit air dan makanan hanya setelah ia boleh bangun dan berjalan dengan stabil. Ada kalanya haiwan peliharaan anda hanya berselera sehari selepas pembedahan (ia mungkin mengambil masa semalaman untuk pulih  sepenuhnya dari kesan pelalian). Dalam proses penyembuhan, ini adalah biasa sekiranya ia termuntah dan anda tidak perlu cemas tentangnya.

6. Kurung haiwan peliharaan anda di dalam sangkar selama 7-14 hari selepas pembedahan bagi menghadkan pergerakannya supaya luka pembedahan cepat sembuh.

7. Periksa kawasan pembedahan sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2 minggu selepas pembedahan untuk memastikan luka pembedahan sentiasa bersih dan kering serta jahitannya tidak terbuka bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Sekiranya bermasalah, (bengkak, keluar cairan berdarah / bernanah, atau jahitan terbuka), sila bawa haiwan peliharaan anda berjumpa vet/Klinik Kembiri dengan segera.

8. Sesetengah haiwan peliharaan mempunyai balutan dikawasan pembedahan. Biarkan sehingga 3 - 4 hari selepas pembedahan selagi balutan tersebut bersih dan kering. Tidak mengapa sekiranya haiwan peliharaan anda menanggalkan balutan ini dengan sendiri lebih awal. Ia juga mungkin menjilat atau menggigit kawasan pembedahan tersebut tetapi pastikan ini tidak berlaku dengan kerap.

9. Elakkan daripada memandikan haiwan peliharaan anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 14 hari selepas pembedahan. Lap dengan kain lembap sekiranya ada comot, tetapi sentiasa pastikan kawasan jahitan itu kering kerana air boleh meresap kedalam dan mengakibatkan jangkitan.

Harap tips ringkas ini dapat membantu....
^_^













Beratus2 Anjing Terselamat Dari Menjadi Santapan Orang2 Yang Tidak Berperikemanusiaan..!!~

Hye semua.. malam ni dok belek internet ni browse sana sini termasuk la kat web Daily Mail ni yang menceritakan pencinta haiwan di China dapat menyelamatkan beratus2 anjing dari dibunuh untuk santapan org2 yg xda otak ni.. (maaf la kalau ayat kasar sbb betul2 geram) boleh refer di link ni..


Walaupun orang Islam tidak boleh membela anjing, saya sebagai pencinta haiwan berasa marah n sedih bile baca news ni.. dimanakah letaknya hati mereka..?? xtau la... Walaupun ia seekor anjing.. tapi ia tetap makhluk ciptaan Allah S.W.T. ape la dosa2 mereka... walaubagaimanapun nasib mereka terselamat tapi mereka mendapati seekor dari beratus2 itu telah mati.. disini saya letakkan gambar2..(kalau mcm ni boleh lagi. tp kalau yg seksa2 kucing / anjing tu sy sendri pon x sanggup nak tgk...)



Anjing2 ni dibawa menaiki trak yg mempunyai sangkar dibelakangnya dan telah di lihat berada dijalanan..

Anjing2 ni dilepaskan setelah berjaya diselamatkan dan sekarang dijaga dengan rapi sehingga sihat


Kesiankan tgk anjing2 ni... saya baca ni pon nak nangis...
mereka ni diletakkan di dalam cage yg kecil dan padat sebelum dibawa utk disembelih
tapi alhamdulillah berjaya diselamatkan oleh animal lover di sana dengan meletakkanya dilaman yg lebih kurang twitter memohon minta bantuan..


Trak ini berjaya ditahan dan disekat selama 15 jam selepas ia melalui tol berdekatan Beijing dan akhirnya mereka berjaya melepaskan 580 ekor anjing dengan nilai $17,000

Kebanyakan anjing2 ni dehydrated cedera dan mengalami virus yg boleh membawa kematian, sekurang2nya 68 ekor terpaksa dirawat. kesian mereka kene duduk dalam cage yg padat terpaksa bersempit2, menindih satu sama lain, sailing gigit dan bergaduh..! mane la pergi otak diorg ni.... mcm da xda benda nak makan..!

Mereka juga mendapati kemungkinan diantara anjing2 ni ada yg dicuri.

gambar menunjukkan seorang sukarelawan sedang merawat anjing yg dijangkiti parvovirus
anjing punye catik ni.. sebijik Husky...ish ish...


kereta digunakan untuk menghalang track ini yg baru melepasi tol berdekatan Beijing sebelum membawa anjing2 ni dari daerah Henan ke Jilin.

Sukarelawan berjalan diantara 580 ekor anjing yg diselamatkan dengan harga $17,000

dan yang paling membuatkan saya sedih, apabila seekor anak anjing dilahirkan selepas ibunya diselamatkan dari track itu..!
bayangkan bagaimana perasaan ibu mengandung(manusia) yang menanti saat melahirkan...diseksa sebegini... Ya Allah Nauzubillah...
Mereka ini tetap makhluk ciptaan Allah.. ;-(






Pets Pow Wow @ The Mines [17.04.2011]

Salam & Hye readers...  kali ni baby nak masukkan gambar mase Pets Pow Wow @ The Mines.. Baby & Hubby datang pada hari Ahad 17.04.2011 sebab pada hari kedua ni ade Cat Fun Show anjuran KELAB KUCING MALAYSIA (KKM)...


Ini adelah show pertama baby dengan KKM sbb sebelum ni mmg xpernah join catshow yg dianjurkan pihak mereka...Kami bawak 2 ekor iaitu Boo Boo & Munchy's .. ni ada lah show pertama munchy's dan disebabkan keadaan yg sejuk didalam kemah itu munchy's terus kene flu...sian dia.. n ramai yg xpercaya dia dah 3 bulan..yela dia munchkin tu yg kecik je...sian dia...~~ tapi xpe.. tgu dia besau sikit lagik..~~~!!

Walaupun pada show ini x memenangi ape2 tapi baby enjoy sbb just nak ambil pengalaman Catshow bersama KKM....yela masa ni kucing sume last minit tidak dalam condition yg elok.. tapi nak buat mcm mane.. just masuk je.. yg penting dapat la door gift...

Ya Allah hari panas betul masa ni... pening rasa kepala tapi terpaksa bertahan... kali ni dtg show bawak askar 2 org.. anak buah baby sebab yg sorg ni si ALA nak masukkan dia pertandingan mewarna n kakaknya NURIN saje je nak ikot....untung jugak ALA ni masuk...dapat lah No.2... Tahniah ALA...!!!~~ ok la dah xtau nak membebel ape lagi.. da x larat da ni.. heeee...


Apa2 pon.. enjoy gambar2 ni ye...~~
p/s : gambar x byk sebab xlarat panas betul ooo... time ni...

 ALA @ PERTANDINGAN MEWARNA
(NUR AZRA ZULAIKHA) 





PETS VILLA BOOTH..!!~




CAGE DECORATION CONTEST


CAT FASHION SHOW

CAT FUN SHOW





DOGGIES...!!