Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Wahh banyaknya......!!!!

Ape yang banyak? Hahahaa... tu dia.. yang banyaknya ialah supply makanan untuk anak2 bulus saya....berikutan 2 Cat Show yang cuma selang sebulan.... barulah perasan yang banyak sungguh stok makanan Iams ni..
 
Kebetulan sabtu lepas baru sahaja menebus hadiah yang dimenangi semasa Cat Show di Tropicana City Mall anjuran MCFA lebih kurang sebulan lepas.. Jumlah keseluruhan yang diterima ialah 39kg. Sesak juga nak mengangkat naik ke tingkat 9... nasib ada troli...


Semalam pula, saya menyertai 2nd HHP National Cat Show anjuran Kelab Sayang Kucing. Untuk penyertaan ini saya cuma hantar Boo Boo and Furby sahaja.. Nampaknya nasib tak berapa menyebelahi saya. So makanan yang dimenangi tak berapa banyak, tapi sudah cukup membalikkan modal saya memasuki Cat Show ini. 


Agaknya berapa lama la boleh tahan makanan ni...heee.. selalunya bile banyak cepat je habis.. tapi kalau time tak banyak cam pandai pulak mereka ni budget2 makan.. huuu.. macam2... agak2nya sempat tak tunggu Cat Show yang seterusnya? tak payah la A-My beli makanan.. Puas hati bayar Cat Show yang lebih kurang harga makanan, n dalam pada masa sama A-My bangga anak2 ku menang dan dapat Rosset dan Medal. Tak apalah kita tunggu dan lihat.

Inilah dia.. keseluruhan makanan kami buat masa ini... hohooo...

0 comments:

Post a Comment