Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Kenapa Kiki Suka Duduk Dalam Litter box..??

Pening juga bila fikirkan si Kiki ni... saya ambil Kiki pada Oktober lepas berikutan seorang abang yang pernah bagi saya kucing iaitu Tam My 2nd Cat - Tam ingin melepaskan Kiki pula..iaitu sebenarnya anak kepada Tam... berikutan terpaksa berpindah tempat kerja.

Sejak2 sekarang Kiki asyik duduk dalam litter box saja tidak kira yang bersih atau kotor sehingga kucing saya yang berkongsi cage dengannya tidak dapat poo di litter box dan akhirnya.. poo di luar2 je.. Adoi.. pening.. setiap  hari terpaksa membuat 'major' cleaning dekat cage diorg ni...

Setelah cuba berbagai cara serta membuat research tapi masih sama dan akhirnya saya bertanya kepada mentor saya.. Sis DC www.dearcats.blogspot.com untuk membandingkan pendapat orang lama... dengan apa yang telah saya buat... saya berterima kasih pada sis DC kerana sudi membantu saya....

Anda boleh layari link ini untuk membaca pendapat Sis DC berkenaan masalah saya....

http://dearcats.blogspot.com/2010/12/q-mengapa-kucing-suka-duduk-dalam.html



Walaupun hampir semua pendapat yang diberikan sis DC telah saya cuba... tapi menemui jalan buntu apabila hanya sejam pertama je Kiki duduk di tempat yg saya sediakan.. dan kemudia n akan beralih kembali ke litter boxnya.. hurrmmm susah jugak ni..


Cuma sekarang apa yang saya dapat fikirkan dan seperti pendapat Sis DC.. saya akan membeli cage khas untuknya sahaja... Kiki tidak akan berkongsi dengan yang lain.. dan mayb Kiki masih berasa tidak selesa dan selamat kerana baru lebih kurang dua bulan Kiki dimandulkan.. dan mungkin dia masih tidak selesa dengan dirinya.....

1 comments:

Gee said...

cuba jangan tak cuba :))

Post a Comment