Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Duke Dalam Kenangan




*Kisah mengenai Duke akan saya update kemudian.


Duke meninggalkan saya disebabkan penyakit FPV
Test Result - Duke
Positif

Pada saat dua line muncul tak terkata saya hancur luluh hati saya bila mendapat tahu Duke Positif menhidap FPV.. Sungguh cepat Duke nak meninggalkan A'My sedih bila dapat tahu keputusan ini... Tapi masa di Vet saya menahan air mata saya dr mengalir.. Saya ambil Duke ni dengan harapan nak bagi dia kehidupan yang lebih baik penuh dengan kasih sayang.. tapi tidak terfikir hidup dia akan berakhir dengan penyakit ini..

Sungguh cepat A-my rasa Duke tinggalkan A-my... A-my akan rindukan telatah Duke yg sentiasa Nakal dan sentiasa tak nak mengalah dengan adik-adik yang lain bile ade je yang duduk atas pangku A-my... Duke la yg sentiasa berlari sana sini tak reti duduk diam... A-My rindukan semua tu...

Doktor hanya beri tempoh 48jam sahaja pada Duke untuk survive... dan tiada ubat yg boleh diberi kerana tiada penawar bagi panyakit ini. Doktor hanya menyuruh saya cuba beri Air Zam-Zam dan 100Plus.. kerana ada bebarapa client yg lain pernah buat dan survive..!! tapi dari 10 kemungkinan 2 sahaja yang survive..!! Dr. menyarankan saya mencuba dengan harapan dapat menyelamatkan mereka..! Dr. hanya memberi suntikan antibiotik pada Duke.. sebagai tambahan untuk antibodi Duke...

Dr. Zul mengatakan jika klinik lain mereka dah diberi PTS. Tapi bukan sifatnya untuk berbuat demikian.. Dia lebih rela membiarkan haiwan comel ini mati secara semulajadi...

Dalam perjalanan pulang membawa kereta mengalir2 air mata saya tidak henti-henti mengenangkan nasib Duke... pulang saja kerumah saya mengadu pada mama saya... Dan minta dia jaga Duke buat sementara waktu... kerana saya terpaksa bekerja.. dan mama saya setuju.. Kami terus ke Giant mencari Air Zam-Zam. dan pulang je ke rumah terus berikan pada Duke.. beserta Air 100plus... Setiap hari rutin yang sama diulang2 lebih dari 5kali berikutan Duke memang tidak mahu makan langsung..

 Selepas 4 hari Duke kelihatan sihat sedikit kerana dah mula berjalan dan minum ari sendiri.. tapi ,asih tidak mahu makan... saya rasa lega melihat perkembangan itu.. dan berharap Duke sihat seperti biasa...dan sehinggalah 11.12.2010 Duke menghembuskan nafasnya dikala saya tiada disisinya.. kerana berada di Penang.. hancur hati saya... tak dapat menahan air mata dihadapan orang ramai...

Duke ditanam dihalaman rumah.... so stiap hari A-my boleh tgk Duke.. walaupun A-my xdapat melihat Duke.. cukup dapat melihat kubur Duke..

A-My dan adik2 semua sayang & rindukan Duke..!

P/s : Duke sebenarnya saya nak register untuk 2nd HHP National Cat Show.. saya dah beri semangat kepada dia.. Tapi apakan daya Duke telah pergi sebelum show.


* Nanti saya akan kongsikan kisah Notty Jr & Mocha yang turut saya bawak ke Vet dengan Duke yg juga Positif FPV tp survive sehingga sekarang ..! Dengan hanya memberi Air Zam-Zam & 100 plus (itulah kekuasaan Allah) dan telah membuat test semula dan keputusannya NEGATIF..!!

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget