Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Acalypha Indica - Pokok Galak Kucing

Hai semua..Rindu rasanya untuk memblogging.. lama betul  Baby x buat entri berikutan pc rosak dan kesibukan yang melanda... sepanjang masa ni terlalu byk peristiwa yang berlaku pada Baby dan anak2 bulus..

Untuk entri kali ini, baby nak ceritakan berkenaan Pokok Galak Kucing atau nama saintifiknya Acalypha Indica. Lama da pun pokok ni terkenal  dikalangan kucing.. tp disebabkan terlalu sibuk x penah la pulak sempat nak membuat entri berkenaan topik ni.. 

Semalam lepas melawat rakan di hospital, baby & hubby pergi ke rumah rakan untuk meminta sedikit pokok kucing ni.. yela skang ni baby tinggal di flat so x la pulak jumpe tanah n apetah lagi pokok kucing ni...hahaaa.... kawasan rumah rakan baby ni terlalu luas dan persekitarannnya penuh dengan pokok kucing ni.. seronok plak tgk.. rakan baby ni tak la minat kucing sgt tp parents mereka ni ada bela kucing. byk jugak la...

Masa kami sibuk nak memetik salah seekor kucing da sebok dtg sebab da terbau pokok ni dicabut... dia da dtg dekat meja kami letakkan pokok ni... baby pon campak jela kat dia.. ha tu diaa ligat dia gigt smpi rakan dia yg lain pon dtg nak join..! hiihiiiii....
masa kami cabut ni pon malam so xla ambil banyak pon.. mane yg nampak je.. takot woo cabut pokok memalam2 ni.. huuu...kang ape2 kang takot woo...

Ini dia hasil yg kami ambil semalam x byk pon..  sbb nak bagi kat kiki.. dia mcm x berapa sihat.. tp bg depan muka dia pon dia mcm xda perasaan so selebihnya baby bagi la pada yg lain2. sampai gegar2 la cage diorg ni main.. siap ade yg berebut bawak lari masuk litter box n main dalam tu... xnak bg yg lain ambil la kot..



ni pulak yg lex dalam pasu.. igt nak semai.. nak kene cari pasu besar sket la camni.. huuu n nak tanam sikit kat umah mama baby.. sbb umah bawah senang sket...tp nak cuba gak la bercucuk tanam kat flat ni kan..huuu.. xtau la bleh idop ke x...



Disini baby sertakan sikit maklumat mengenai pokok ni yang baby peroleh dari laman-laman web.


Nama Tempatan : Kucing Galak / Galak Kucing
Nama Saintifik : Acalypha Indica
Nama Lain : Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili : Euphorbiaceae
Jenis Tumbuhan : Tumbuhan Liar

Penerangan Tumbuhan

Tumbuhan Liar ini begitu mudah dijumpai tumbuh meliar di negara kita walaupun pada asalnya ia dikatakan berasal dari India. Ia dikategorikan sebagai herba semusim yang sentiasa boleh didapati dengan ketinggian antara 0.5 - 1.0m. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang kebiasaanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan (dari segi perubatan)

Pokok ini selalunya digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan homeopati. Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk. Ia juga dikatakan, boleh digunakan untuk menambahkan tenaga batin. Selain itu menurut perubatan di India, pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat demam kuning(jaundice), asma dan untuk merawat paru2. Ia juga digunakan untuk merawat luka dan boleh bertidak sebagai ejen untuk meneutralkan bisa Russell Viper. Di India, pokok ini digunakan sebagai makanan sayuran harian di sana.



0 comments:

Post a Comment