Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Sebab-sebab mengapa kucing berhenti menggunakan Litter Box

Ada beberapa sebab mengapa si comel berhenti menggunakan Litter Box, hasil penelitian saya di beberapa laman web dan pengalaman sendiri... berikut adalah kesimpulan yang dapat saya buat. Rakan-rakan yang igt menambah atau memperbetulkan pendapat saya adalah dialu2 kan..

Masalah kesihatan -  (termasuk diabetis, batu karang dan lain2) Pastikan sicomel minum air bersih secukupnya dan lihat tanda2 masalah kesihatan seperti kesukaran untuk kencing dan lain2.

Litter box terlalu kecil atau terdapat beberapa Litter Box(sekiranya mempunyai lebih dari satu kucing) - Anda sepatutnya mempunyai sekurang2nya satu Litter Box untuk seekor kucing + satu lagi, Ia bermaksud sekiranya anda mempunyai seekor kucing, anda seharusnya menyediakan 2 litter box untuk si comel. Kucing gemarkan Litter Box yang luas/besar untuk mereka bergerak dengan selesa.

Antara contoh2 litter box dipasaran : -



 *Gambar sekadar hiasan

Lokasi litter box yang tidak sesuai - atau kucing anda dihalang oleh kucing dominan lain yang berada di rumah - pastikan lokasi litter box berada di lokasi yang baik dan jauh dari orang ramai serta bunyi2 yang bising dan menakutkan.

Pilihan pasir/litter yang tidak bagus - Si comel amat memilih hampir kesemua aspek. Carilah pasir yang sesuai yg kucing anda gemar gunakan dan kekalkan penggunaannya..berbagau jenis yang boleh didapati dipasaran yang dapat memerangkap bau, tidak berdebu dan sebagainya.

Fussie Cat - saya menggunakan pasir ini.. kerana kucing2 saya selesa menggunakannya

*Gambar sekadar hiasan

Terdapat lagi berbagai2 jenis dan jenama

- Litter Box kotor - mengejutkan bukan? kerana selalunya sebab utama kucing berhenti menggunakan litter box!!..Tiada siapa yang suka membersihkan litter box, tapi sekiranya kita tidak membersihkan ia sekerap yang mungkin, si comel anda pasti akan berhenti menggunakan ia.. adalah kerana ianya kotor.



0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget