Kebanyakan pemilik kucing akan mengalami masalah ini.... terutamanya yang mempunyai kucing jenis 'indoor'. Ada diantara mereka yang tertanya-tanya macam mana nak memberhentikan tabiat kucing yang suka mencakar perabot rumah mereka sehingga rosak teruk...
Caranya ialah.... - ANDA 'TIDAK BOLEH' MEMBERHENTIKAN TABIAT MEREKA...
Tabiat mencakar adalah tabiat semulajadi bagi setiap kucing kerana ia sememangnya naluri mereka dan telah berada dalam DNA setiap kucing.. Walau apa pun yang anda lakukan.. kucing anda akan tetap mencakar perabot anda atau apa sahaja yang diingini mereka...(walaupun pada kucing yang telah 'declaw' pun akan masih 'mencakar'.
Antara sebab-sebab kucing selalu mencakar :- (hasil dari penelitian dari beberapa laman web)
- Aktiviti cakaran memberikan satu terapi senaman yang baik. Saat kucing anda mencakar, ia akan mengeluarkan dan menarik kukunya serta menggerakkan otot-ototnya di bahu dan kaki yang membuat kan ia kekal kuat.
Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menghalang kucing anda dari mencakar perabot anda, tapi anda dapat membantu mereka dari mencakar tempat yang tidak sepatutnya dengan menyediakan scratching-post yang baik di rumah anda.
Kucing gemarkan permukaan berstruktur yang semulajadi pada scratching-post dan juga lapiknya..Scratching-post yang baik akan membuatkan kucing anda selamat, berpuas hati, terapi dan yang paling penting satu cara untuk sicomel enjoy mencakar dengan tidak merosakkan perabot-perabot anda. Sekiranya kucing anda jenis yang merosakkan perabot anda contohnya sofa, dan anda hendak menghentikannya... scratching-post adalah jawapannya..
Setiap rumah yang memiliki kucing, seharusnya memiliki scratching-post. Letakkan catnip pada scratching-post untuk mengambil perhatian sicomel ke scratching-post itu.. Ini selalunya berhasil dan akan membuatkan sicomel anda terikat dengan scratching-post itu... heee....
0 comments:
Post a Comment