Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Kombinasi yang sangat Cutee...!!! ;-p

Hurrmm arini oleh kerana x berapa bz kat opis..(alamak kang bos bace terkantoi lak..) saya pon menggodek2 la email2 lame yg terperap kat email opis tu.. huuu skali jumpa lak kombinasi yang sangat menarik ni.. 

Mungkin ada yang pernah menerima email ini.. tapi oleh kerana sudah lama... saja ingin berkongsi pada blogger2 lain dan rakan2 ku yang sukekan kucingg... heee.... dan juga sesuai untuk mummy kucing yg juga sudah mempunyai anak.. hihihiiiiii....

Enjoyyy..!!!

 Lenanya....

 Cute x sayer..??

 Lawaknya..

 Smart x sayer..

 Biru mataku...

 Hyeeee....

Huuarrggghhhh ngantoknya..

Sape la yg cute sgt ni tgh tgk sayer...heeeee


3rd HHP Malaysia Cat Show [27 Mac 2011] - Preview




Ha..! acara yang dinantikan tahun ini.. huuu.... 3rd HHP Malaysia Cat Show... cat show anjuran Cats Lover Club ni dah lama saya turut serta, sejak dari show yang pertama lagi...  sblm2 ni hantar dua ekor je..n kali ni berfikir nak hantar hampir satu rumah la... wahhh.. heee

Walaupun show ini hanya 3 Ring.. tapi kemeriahan sepanjang show anjuran kelab ini dapat dirasakan...

**Nantikan update  dari saya untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.. untuk poster yang baru dan lain2 dari pihak penganjur...

Atau anda boleh terus menghubungi pihak penganjur berkenaan show ini melalui email di bawah....




Jumble Sale @ SPCA [23 Januari 2011]



Hye semua... marilah rakan2 blogger dan semua pencinta haiwan diluar sana dtg ke SPCA Ampang untuk menjayakan jumble sale mereka... bukan ape untuk tujuan anak2 bulus juga.. kerana ini adalah salah satu cara mereka mendapatkan dana bagi menampung kos perbelanjaan untuk anak2 bulus dr segi makanan, perubatan dan macam2 lagi.. so jemput beramai2....


Hurrmm cite pasal jumble sale ni teringat lak dulu mase hantar si Kiki untuk dimandulkan.. kebetulan jumble sale.. n beli DVD.. huuuu



Tag & Award Cenow dari Cenow man....;-)

 
Arrgghhh tidak... terkena tag nih..hahaa. first time kene.. tu pon Sis DC yang membuatkan ku terkena tag ini.. tak pernah2 ni.. tetibe je baru bergiat memblogging dah kene.. huuu neway thanks....
 
Terima kasih saya ucapkan kepada bla bla bla..kerana memberi saya anugerah yg tidak terhingga ni.. bla... bla.. bla.. ceh da mcm grammy awards lak...

cantik award ni tejuk je tgk.. hahaaa... rasa cam nak titon kat pale cenow man ni..heee....
tuan yang membuat award ni pon secomel cenow man ni...

Ni jela yang dapat baby jawab untuk permulaan ini...
 
 
1) Bila korang suka tulis entry?
Selalunya malam la... sbb opis hampehhh blocked internet access...xleh nak wat pape.. slalu mlm akan cari bahan kumpul2 n email to email opis... sok time keje nak ngulor jap buat la karangan ringkas2 kan taip ape yang patot... n malam balik keje tinggal post je...
heeee...

2) Adakah korang blogwalking hari-hari?
 Boleh la jugak... tp malam jela.. sbb siang xleh nak jalan.. opis suh keje..!!

3)Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
Sshnya nak jawab...Sbnrnya saya ni baru lagi bergiat dalam blogging2 ni.. hurmmm so xla byk sgt... tapi yang paling penting sayer msti singgah blog Sis DC sbb best sgt2 macam2 ada wooo... very informative..!! n tomey tucengnya...
- dan juga semua blog yang saya follow...

4)Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML?
Assalamualaikum.. mmg comey ar cute miut mcm cenow je jugak.. xmekap da cantik.. mekap lagik la tantek..!! hot... heeee... cair nt cenow nie...
(tapi dapat ke jumpe.. heee...)

5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
 Xla dpat tag byk eak... tp nak kacau la kengkawan yg lame berdiam je ni.. nape eak.. huu...

1. Blog Mummy Yana
 
agaknya tiga cukup la ye untuk permulaan nih.. hee.. pening nak memikirkan nih.. hahaaa.... 
 

Bagaimana Kucing Bermain? / Jenis-jenis Permainan Kucing

Kucing adalah seperti haiwan mamalia yang lain, bermain semasa kecil adalah lumrah dan juga masih terus melakukanya walaupun telah dewasa. 
 
Bermain adalah kegiatan pembelajaran yang kompleks yang dapat membantu anak-anak kucing mengembangkan hubungan sosial  dan membantu mereka mengasah kemampuan fizikal dan mental. Ia juga sesuatu yang menyenangkan dan itulah sebabnya kucing dewasa masih terus melakukannya.
 
Anda boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya melihat gelagat kucing anda semasa bermain. Melihat kucing bermain adalah salah satu hiburan yang paling menghiburkan  yang diberikan kepada semua pemilik dan pencinta kucing.
 
Terdapat 3 jenis bentuk permainan kucing, walaupun kadang-kala sukar untuk menentukannya :-
 
Permainan Sosial
-  Permainan sosial adalah bagaimana anak kucing belajar untuk berinteraksi dengan littermates mereka, ibu mereka, haiwan2 peliharaan lain dirumah serta anda.
 
-  Semasa permainan sosial, anak kucing menguji dunia mereka dan cuba menyesuaikan diri di dunia itu.
 
-  Anak kucing mengembangkan watak serta sifat keperibadiannya berdasarkan sifat interaksi bermain yang menemani mereka ke alam dewasa.
 
-  Sepanjang pembesaran anak kucing, permainan sosial dikalangan littermates memberi serta mengajar mereka cara bermain bersama anda pemiliknya atau yang lebih tepat sekali dikalangan manusia. Andaikan anda adopt kucing dari mana2 pusat perlindungan haiwan atau dari rakan2  dan menjadikan ia sebahagian dari keluarga anda, Ini membuatkan ia dapat menyesuaikan diri mereka bersama keluarga baru tidak hanya berasa terancam/takut dan hanya mempertahankan diri mereka.
 
Permainan Objek
-  Menusuk, memukul dan melempar-lempar objek2 kecil adalah cara anak kucing belajar tentang cara menangani mangsa.
 
-  Semasa sesi permainan, kucing mengembangkan kemahiran bertahan hidup survival skills yang mungkin diperlukan oleh mereka jika mereka harus menanganinya sendiri.
 
-  Anda dapat melihat anak kucing anda menerjah permainannya, melemparkan ia serta mengelilingi ia sebaik sahaja ia jatuh, ia merupakan tindakan dan perilaku yang menyerupai/meniru untuk menyerang dan membunuh haiwan pemangsa untuk makanan.
 
- Permainan objek mengajar kucing mengetahui bagaimana dunia serta benda2 didalamnya rasa seperti apa yang hidup dan apa yang mati.
 
-  Si comel mungkin melompat dari permainannya seakan2 ia merbahaya, ia tidak dapat dilihat dari sikap mereka, kemudian ia akan hilang dalam kenikmatan bermain dan penemuan mereka itu.

 Furby dapat menangkap permainan

 Furby hendak menerkam



 
Permainan Lokomotor (Berlari dan Melompat)
-  Kucing yang aktif adalah kucing yang yakin pada diri mereka sendiri.
 
- Permainan lokomotor seperti berlari dan melompat membantu meningkatkan kekuatan anak kucing, koordinasi badan dan fleksibiliti.
 
-  Ia juga dapat merangsang selera makan kucing sambil membantu ia kekal sihat dari segi fizikal.
 
- Permainan lokomotor juga dapat menghilangkan kebosanan si comel.
 
- Kucing yang aktif bermain di waktu malam dapat mengurangkan nocturnal perambulations kucing, walau bagaimanapun ia akan membuatkan anda sentiasa terjaga diwaktu malam.
 
- Kucing hanya mengetahui bahawa bermain sesuatu yang menyeronokkan dan ia  membuatkan mereka seronok berlari, melompat-lompat bergaul dengan kucing lain/haiwan peliharaan lain termasuk anda.
 

Penyakit Demam Kuning @ Jaundice

Lama rasanya tak update blog ni kerana saya agak sibuk sejak kebelakangan ini, topik yang saya nak sampaikan kali ni adalah penyakit kuning atau jaundice dikalangan kucing.

Ahad - Masa saya tengah sibuk bermain ngan anak2 saya yang 11ekor tu.. saya dapat panggilan dari abang saya bahawa kucingnya "Gotti" mengalamai demam kuning... pada mulanya agak tercengang juga sebab anak2 saya tak pernah pun mengalaminya.. musykil sebentar.. hahaha..

Ini dia En. Gotti kita....

Disini saya sertakan beberapa sebab yang myebabkan demam kuning ini terjadi. Hasil dari penelitian dari laman www.petplace.com/cats/jaundice-in-cats/page1.aspx, dan dari beberapa laman blog tempatan serta maklumat dari Vet.

Jaundice, juga disebut sebagai ikterus, ia menjelaskan warna kuning yang diambil oleh rangkaian di seluruh tubuh akibat dari peningkatan kadar bilirubin yang berasal dari sel darah merah yang telah pecah

Bilirubin
- Bahan yang terhasil apabila sel darah merah pecah di mana ia berwarna kuning dan memberi efek pada warna air kencing. Dikumuhkan melalui hempedu dan urin.

Penyakit kuning dianggap abnormal pada kucing. Penyakit kuning dapat dijelaskan oleh warna kuning pada kulit haiwan. Hal ini boleh dilihat lebih jelas di bahagian putih mata dan di kulit di dasar telinga, gigi, gusi-lidah dan seluruh kulit kucing.

Terdapat tiga klasifikasi utama penyebab penyakit kuning :-
Punca Prehepatic
Penyebab Prehepatic adalah peringkat yang berlaku sebelum darah melalui hati dan juga disebut sebagai penyebab hemolitik. Ini hasil dari penyelesaian sel darah merah.
  • Darah parasit - hemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • Ubat
  • Anemia hemolitik Immune-mediated 
  • Reaksi pemindahan darah 
  • Rendah kadar fosfat dalam darah 
  • Penyakit heartworm (jarang pada kucing)

Punca hati
Disebabkan hati yang berfungsi secara tidak normal. Ini kerana sel2 hati diperlukan untuk metabolisma bilirubin sebelum dapat dikumuhkan contohnya hepatitis. Demam kuning yang biasanya berlaku adalah dari jenis ini kerana hati tidak cukup matang untuk memproses bilirubin.

Gangguan yang berkaitan dengan hati dan merangkumi:

  • Lemak infiltrasi hati (lipidosis hepatik) 
  • Penyakit radang hati (hepatitis), sistem saluran empedu (kolangitis), atau kedua-duanya (cholangiohepatitis) 
  • Racun, seperti logam berat, kutu kimia tertentu dan dips tanda dan semburan 
  • Jenis2 ubat, seperti diazepam, acetaminophen, griseofulvin 
  • Kanser Jangkitan - virus, bakteria, protozoa 
  • Sirosis (parah, stadium akhir penyakit hati)
Punca Posthepatic
Penyebab Posthepatic adalah gangguan yang berlaku selepas darah melalui hati dan mengalami gangguan, yang mengakibatkan penyumbatan aliran hempedu dari hati juga mengakibatkan batu karang di dalam salur hempedu. Walaupun bilirubin dapat dimetabolismakan seperti biasa tetapi ia tidak dapat dikumuhkan melalui najis dan menyebabkannya terkumpul dan berbalik semula ke dalam salur darah.
  • Penyakit Pankreas, seperti pankreatitis dan kanser pankreas 
  • Hempedu berpenyakit, seperti batu hempedu, kanser, atau radang kandung hempedu dan saluran hempedu 
  • Penyakit usus yang menyekat saluran hempedu
Tanda-tanda serta gejala-gejala demam kuning :-
  • Warna Kuning untuk gusi, putih mata, kulit 
  • Letargi 
  • Hilang selera makan, 
  • Berat badan yang berkurang 
  • Kesulitan bernafas 
  • Muntah / cirit birit 



 Antara simptom2 yang dialami En.Gotti ni..

Diagnosa
  • Kemungkinan ujian Baseline seperti hitung darah lengkap (CBC), profil biokimia, dan ujian air kencing disarankan pada kucing yang mengalami demam kuning. Ujian ini juga  dapat menilai elektrolit, gula darah, kadar protein, dan konsentrasi air kencing. Ujian tambahan mungkin termasuk:
  • X-Ray Perut dan dada untuk mengetahui kadar saiz organ dan bentuk untuk mengetahui kewujudan benda asing.
  • USG perut untuk mengetahui saiz, bentuk, dan struktur organ perut, terutamanya hati
  • Serologi ujian untuk penyakit berjangkit yang boleh mempengaruhi kerosakan hati atau menyebabkan sel darah merah rosak, termasuk virus feline leukemia, feline immunodeficiency virus, virus menular peritonitis kucing, toksoplasmosis
  • Profil koagulasi untuk mengetahu kadar pembekuan darah, pembekuan abnormal  boleh berlaku dengan penyakit hati dan pankreatitis
  • Ujian Coombs untuk menilai kerosakan- kekebalan daripada sel-sel darah merah
  • Eksplorasi laparotomi pada pesakit di mana sekiranya semua ujian yang lain telah dilakukan dan masih belum memberikan apa-apa diagnosis
Cara-cara mengubati
Ada beberapa langkah doktor haiwan anda mungkin menyarankan untuk mengubati serta  mengetahui faktor yang menyebabkan demam kuning:-
  • Hentikan setiap terapi sebaik sahaja gejala2 demam kuning dapat dilihat 
  • Elakkan kucing anda stress dan biarkan ia berehat 
  • Administer intravena dan terapi cecair elektrolit untuk kucing yang sakit teruk atau dehidrasi.

Penjagaan dirumah
sentiasa perhatikan haiwan kesayangan anda dengan kerap. pastikan tiada tanda2 atau gejala yang jarang dilihat pada kucing anda berlaku. Jika tanda-tanda klinikal tidak mendatangkan kebaikan dan / atau semakin buruk,cepat2lah bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan dengan segera.

Kesimpulan dari Vet saya... penyakit kuning ni adalah normal dikalangan kucing, tapi sekiranya diambil remeh dan tidak dirawat, ia akan mengakibatkan kematian pada kucing anda.

Jalan-Jalan Cari Barang..

Harini hari terakhir cuti sekolah... so saya dan suami serta kakak ipar sekeluarga jalan-jalan2 ke Wangsa Walk di Wangsa Maju.. bisalah saja-saja window shopping.. so sampai je di sebuah kedai ni saya pon masuk jela tgk2 barang.. niat utama mmg berharap ada la jumpe apa-apa yang bermotifkan kucing.. skali taraa....!! wah ada..!! terus cari hubby saya.... dan inilah dia hasil tangkapan untuk harini yang berjaya dibawa pulang...

 Ini dia..! Door Matt mmg sedap rasa kaki bila pijak matt ni...
yang paling penting ayat dia tu.. huuu...
Hasil harini terbaik la..!!


 Furby sedang mencuba matt baru...

Furby sebuk je bila saya sedang mengambil gambar.. 
Sampai tertidur dia..sedap punya pasal kot...

Ole-Ole Lagi..!!

Hurmm... semalam kak ipar saya Nor Hajar Said baru balik bercuti dari Penang.. Penang lagi... so dia ada belikan ole2 untuk saya.. cuba teka ape..? ape lagi mestilah sesuatu yang bermotifkan kucing...



 Inilah dia... pouch untul letak HP pun boleh syiling dan sebagainya.. Thanks Kak cik..!!

Sebab-sebab mengapa kucing berhenti menggunakan Litter Box

Ada beberapa sebab mengapa si comel berhenti menggunakan Litter Box, hasil penelitian saya di beberapa laman web dan pengalaman sendiri... berikut adalah kesimpulan yang dapat saya buat. Rakan-rakan yang igt menambah atau memperbetulkan pendapat saya adalah dialu2 kan..

Masalah kesihatan -  (termasuk diabetis, batu karang dan lain2) Pastikan sicomel minum air bersih secukupnya dan lihat tanda2 masalah kesihatan seperti kesukaran untuk kencing dan lain2.

Litter box terlalu kecil atau terdapat beberapa Litter Box(sekiranya mempunyai lebih dari satu kucing) - Anda sepatutnya mempunyai sekurang2nya satu Litter Box untuk seekor kucing + satu lagi, Ia bermaksud sekiranya anda mempunyai seekor kucing, anda seharusnya menyediakan 2 litter box untuk si comel. Kucing gemarkan Litter Box yang luas/besar untuk mereka bergerak dengan selesa.

Antara contoh2 litter box dipasaran : -



 *Gambar sekadar hiasan

Lokasi litter box yang tidak sesuai - atau kucing anda dihalang oleh kucing dominan lain yang berada di rumah - pastikan lokasi litter box berada di lokasi yang baik dan jauh dari orang ramai serta bunyi2 yang bising dan menakutkan.

Pilihan pasir/litter yang tidak bagus - Si comel amat memilih hampir kesemua aspek. Carilah pasir yang sesuai yg kucing anda gemar gunakan dan kekalkan penggunaannya..berbagau jenis yang boleh didapati dipasaran yang dapat memerangkap bau, tidak berdebu dan sebagainya.

Fussie Cat - saya menggunakan pasir ini.. kerana kucing2 saya selesa menggunakannya

*Gambar sekadar hiasan

Terdapat lagi berbagai2 jenis dan jenama

- Litter Box kotor - mengejutkan bukan? kerana selalunya sebab utama kucing berhenti menggunakan litter box!!..Tiada siapa yang suka membersihkan litter box, tapi sekiranya kita tidak membersihkan ia sekerap yang mungkin, si comel anda pasti akan berhenti menggunakan ia.. adalah kerana ianya kotor.



Macam mana hendak mengatasi masalah kucing mencakar perabot dan sebagainya ?

Kebanyakan pemilik kucing akan mengalami masalah ini.... terutamanya yang mempunyai kucing jenis 'indoor'. Ada diantara mereka yang tertanya-tanya macam mana nak memberhentikan tabiat kucing yang suka mencakar perabot rumah mereka sehingga rosak teruk...

*Gambar sekadar hiasan


Caranya ialah.... - ANDA 'TIDAK BOLEH' MEMBERHENTIKAN TABIAT MEREKA...

Tabiat mencakar adalah tabiat semulajadi bagi setiap kucing kerana ia sememangnya naluri mereka dan telah berada dalam DNA setiap kucing.. Walau apa pun yang anda lakukan.. kucing anda akan tetap mencakar perabot anda atau apa sahaja yang diingini mereka...(walaupun pada kucing yang telah 'declaw' pun akan masih 'mencakar'.

Antara sebab-sebab kucing selalu mencakar :- (hasil dari penelitian dari beberapa laman web)

-  Kuku setiap kucing tumbuh dari dalam keluar, dan sepanjang pertumbuhannya, lapisan luar kuku akan tercabut..dan apabila kucing mencakar, ia membantu melonggarkan bahagian lapisan luar supaya ianya boleh tercabut.
    -  Bagi kucing jenis 'outdoor' atau kucing liar, tabiat mencakar adalah bertujuan untuk menandakan 'kawasan' mereka.. Kesan cakaran yang ditinggalkan adalah tanda jelas yang menunjukkan mereka telah mengisytiharkan bahawa kawasan itu adalah milik ia..Apabila kucing mencakar, ia akan mengeluarkan pheromones dar bau yang berada dibahagian bawah tapak kaki mereka [paws]. Pheromones yang dikeluarkan akan meniggalkan bau yang juga lagi satu cara kucing menandakan 'kawasan' mereka. 

    -  Aktiviti cakaran memberikan satu terapi senaman yang baik. Saat kucing anda mencakar, ia akan mengeluarkan dan menarik kukunya serta menggerakkan otot-ototnya di bahu dan kaki yang membuat kan ia kekal kuat.
      -  Kucing juga mencakar untuk mengekspresskan rasa bahawa mereka sudah biasa dan juga sifat baik mereka.. anda akan perasaan akan sikap ini..
        Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menghalang kucing anda dari mencakar perabot anda, tapi anda dapat membantu mereka dari mencakar tempat yang tidak sepatutnya dengan menyediakan scratching-post yang baik di rumah anda.

        Kucing gemarkan permukaan berstruktur yang semulajadi pada scratching-post dan juga lapiknya..Scratching-post yang baik akan membuatkan kucing anda selamat, berpuas hati, terapi dan yang paling penting satu cara untuk sicomel enjoy mencakar dengan tidak merosakkan perabot-perabot anda. Sekiranya kucing anda jenis yang merosakkan perabot anda contohnya sofa, dan anda hendak menghentikannya... scratching-post adalah jawapannya..

        Setiap rumah yang memiliki kucing, seharusnya memiliki scratching-post. Letakkan catnip pada scratching-post untuk mengambil perhatian sicomel ke scratching-post itu.. Ini selalunya berhasil dan akan membuatkan sicomel anda terikat dengan scratching-post itu... heee....






        Contoh-contoh scratching post yang terdapat di pasaran
        *Gambar sekadar hiasan

        There was an error in this gadget