Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Macam mana hendak mengatasi masalah kucing mencakar perabot dan sebagainya ?

Kebanyakan pemilik kucing akan mengalami masalah ini.... terutamanya yang mempunyai kucing jenis 'indoor'. Ada diantara mereka yang tertanya-tanya macam mana nak memberhentikan tabiat kucing yang suka mencakar perabot rumah mereka sehingga rosak teruk...

*Gambar sekadar hiasan


Caranya ialah.... - ANDA 'TIDAK BOLEH' MEMBERHENTIKAN TABIAT MEREKA...

Tabiat mencakar adalah tabiat semulajadi bagi setiap kucing kerana ia sememangnya naluri mereka dan telah berada dalam DNA setiap kucing.. Walau apa pun yang anda lakukan.. kucing anda akan tetap mencakar perabot anda atau apa sahaja yang diingini mereka...(walaupun pada kucing yang telah 'declaw' pun akan masih 'mencakar'.

Antara sebab-sebab kucing selalu mencakar :- (hasil dari penelitian dari beberapa laman web)

-  Kuku setiap kucing tumbuh dari dalam keluar, dan sepanjang pertumbuhannya, lapisan luar kuku akan tercabut..dan apabila kucing mencakar, ia membantu melonggarkan bahagian lapisan luar supaya ianya boleh tercabut.
    -  Bagi kucing jenis 'outdoor' atau kucing liar, tabiat mencakar adalah bertujuan untuk menandakan 'kawasan' mereka.. Kesan cakaran yang ditinggalkan adalah tanda jelas yang menunjukkan mereka telah mengisytiharkan bahawa kawasan itu adalah milik ia..Apabila kucing mencakar, ia akan mengeluarkan pheromones dar bau yang berada dibahagian bawah tapak kaki mereka [paws]. Pheromones yang dikeluarkan akan meniggalkan bau yang juga lagi satu cara kucing menandakan 'kawasan' mereka. 

    -  Aktiviti cakaran memberikan satu terapi senaman yang baik. Saat kucing anda mencakar, ia akan mengeluarkan dan menarik kukunya serta menggerakkan otot-ototnya di bahu dan kaki yang membuat kan ia kekal kuat.
      -  Kucing juga mencakar untuk mengekspresskan rasa bahawa mereka sudah biasa dan juga sifat baik mereka.. anda akan perasaan akan sikap ini..
        Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menghalang kucing anda dari mencakar perabot anda, tapi anda dapat membantu mereka dari mencakar tempat yang tidak sepatutnya dengan menyediakan scratching-post yang baik di rumah anda.

        Kucing gemarkan permukaan berstruktur yang semulajadi pada scratching-post dan juga lapiknya..Scratching-post yang baik akan membuatkan kucing anda selamat, berpuas hati, terapi dan yang paling penting satu cara untuk sicomel enjoy mencakar dengan tidak merosakkan perabot-perabot anda. Sekiranya kucing anda jenis yang merosakkan perabot anda contohnya sofa, dan anda hendak menghentikannya... scratching-post adalah jawapannya..

        Setiap rumah yang memiliki kucing, seharusnya memiliki scratching-post. Letakkan catnip pada scratching-post untuk mengambil perhatian sicomel ke scratching-post itu.. Ini selalunya berhasil dan akan membuatkan sicomel anda terikat dengan scratching-post itu... heee....






        Contoh-contoh scratching post yang terdapat di pasaran
        *Gambar sekadar hiasan

        0 comments:

        Post a Comment