Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Kiki Time..!!

Ni adalah time Kiki utk dimandulkan. Kiki merupakan kucing kedua saya kembirikan selepas Kesayangan saya 'Notty'.

Saya bawa kiki ke SPCA sebab saya dah kenal dengan Dr. yang bertugas dekat sana, Dr. Pushpa. Sebelum pergi saya da beberapa kali cuba menghubungi SPCA untuk membuat temu janji, tapi gagal kerana nombor tiada dalam perkhidmatan. Saya nekad untuk pergi pada hari ahad (31 Oktober 2010), disebabkan kiki tengah 'on heat'. Semalam baru je balik kerumah setelah dia hilang hampir seminggu. Memang risau la takut dapat lagi anak nanti. Disebabkan tinggal di rumah flat sekarang saya tidak boleh menampung terlalu banyak kucing.

Setibanya saya di SPCA, alamak..! ada JUMBLE SALE la plak.. tu la x cek kat website lagi..! saya pon tinggalkan kiki dalam kereta dengan membuka tingkap sekejap. saya dan hubyy sempat la jugak menengok barang2 heee... nak jugak buat donation.. Jalan punye jalan terjumpe lak DVD SAMSUNG kebetulan DVD kat umah pon rosak so hubby beli la.. RM20 je.. xkesah la elok ke x.. tp kire puas hati dapat menderma.

Saya berjumpa dengan Dr.Pushpa yang sebok menjadi Cashier.. huuuu... Dr.cakap dia xdapat buat hari ni terlalu bz. n berkenaan talian.. kene potong la.. huu.. kene call yang no. lagi satu.. huu Disebabkan saya yang tak boleh ambil cuti esoknya saya terpaksa boarding Kiki dekat sana. Lagipon kesian kat Kiki dia da puasa.. sejak dia balik pagi semalam saya suruh mama saya puasakan dia..

Hantar je Kiki utk Boarding saya meminta pekerja tu memberi dia makan...dan biarlah pihak mereka menjaga dan puasakan Kiki untuk pembedahan esoknya.

Gambar Hantar Kiki pergi kembiri takde sebab kelam kabut la masa ni.. huuu..
yang ade resit dia je...

RM60.00 untuk Mandulkan & RM20.00 untuk Boarding

Secara Rasminya Kiki dimandulkan pada 1 November 2011. dan dari tarikh ni la saya terus bawa Kiki tinggal bersama saya.

P/S : DVD tu elok tau..! Huuu da tgk Cite da pon... Bagusla RM20 je.. tuah kucing la katekan..!

Next will be Buboy & Dotty..!!

0 comments:

Post a Comment