Please Like Our Page

Redzuyatt's ~House Of Furrkids~

Do's & Dont's For Cat Show


Entry kali ni saya nak berkongsi pada semua berkenaan Do's & Dont's semasa Cat Show memandangkan sampai kehujung tahun ni terlalu banyak Cat Show yang akan diadakan dan mungkin ada yang baru ingin mencuba. Walaupun saya tidaklah terlalu berpengalaman dalam Cat Show dan masih baru. Eloklah sekiranya kita saling bertukar pendapat.

Do's & Dont's ini saya dapat dari seorang otai iaitu Sis DC / Gee - http://www.dearcats.blogspot.com/  yang beri saya masa kali pertama saya mencuba untuk masuk Cat Show. Menurut Sis DC, beliau peroleh tips ini dari seorang rakannya.

Note : Sis, saya kongsikan info ni ye? Terima Kasih untuk info ini.. banyak mengajar saya. Setiap kali Show mesti print sebagai Check List. Saya ada tukar ayat dan tambah sedikit mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ni.

Sesiapa yang mempunyai tambahan, bolehlah sama-sama berkongsi.

Do's

Sehari sebelum Show :

1.Bersihkan sebersih-bersihnya kucing - pastikan telinga, mata dan hidung bersih, kuku pendek dan bulu tak bersimpul.
2. Tepat pukul 12.00 a.m, malam sebelum show esok paginya, puasakan kucing - tarik makan dan minum. Kurungkan kucing bersama dengan litter box- ini bertujuan untuk mengelakkan Kucing dari pee & poo masa show - Markah akan dipotong jikalau kotor.
3. Pastikan semua barang-barang yg penting telah diletakkan di dalam satu bag. (Saya akan bawak macam2 takut ada yang diperlukan nanti - kalau boleh nak bawak satu toolbox kucing)
- Vaksin Kad
- Sikat
- Tissue Paper / Roll Tissue
- Alas Sangkar - boleh juga gunakan alas kaki biasa. (Saya gunakan carpet yang saya perolehi dari office - sample carpet). dan bantal untuk sikecik tidur.
- Kapas / Cotton Bud - Incase Telinga dan Mata Kucing Kotor masa Show
- Toys untuk Kucing - supaya kucing tak bosan masa Show nanti.
4. Bersihkan Carrier Kucing

Show Day :

1. Bangun pagi - Bersedia seawalnya. Kalau boleh berada disana awal lebih selesa untuk menyiapkan kucing anda. Selalunya vetting in start jam 7.30 pg sampai kul 8.30 pagi. Pastikan anda tidak lewat.
2. Sembahyang subuh.
3. Pastikan semua benda nak bawa dah ada. Kalau boleh letakkan setempat supaya tidak tertinggal.
4. Sebelum masukkan kucing dlm carrier, sikat bulu kucing, belai2 & cakap2 sikit dengan kucing untuk beri dia semangat.
5. Jgn sekali-kali cakap kuat atau tunjuk kelam kabut dpn kucing, bersikap tenang sahaja. - takut dia stress.
6. Sampai tempat Show, terus buat pendaftaran.
7. Sikat kucing & bersihkan apa yang patut.
8. Beratur tunggu giliran utk vetting-in bersama dgn vetting-in slip (diberi masa register)
9. Lepas vetting-in (kalau dibenarkan) terus pergi ke sangkar mengikut nombor sangkar yg diberi.
10. Letakkan alas sangkar dan perlahan-lahan kucing anda.
11. Pastikan sangkar kucing anda sentiasa di selak setiap masa - Pemilik sebolehnya kena selalu ada di tepi sangkar. ( Kadangkala ada pelawat yang pandai-pandai bukak, cucuk2 kucing kalau geram. So pemilik dapat cakap baik-baik dgn pelawat untuk bertindak sebegitu untuk mengelakkan kucing stress atau menjadi garang. ( Sesetengah penganjur show akan meletakkan barrier utk mengelakkan pelawat masuk ke kawasan sangkar kucing - hanya pemilik dan committee sahaja yg dibenarkan berada dekat dengan sangkar).
12. Sentiasa peka dengan sebarang pengumuman - bila tiba kategori anda, nombor sangkar anda akan dipanggil untuk di nilai oleh pengadil - cepat-cepat pergi ke nombor Ring yang disebut.
13. Lihat bagaimana cara yang betul utk pegang kucing semasa dinilai nanti - anda boleh tanya pada mereka yg dah ada pengalaman show.
14. Sentiasa senyum, bersikap ramah dan menjawab pertanyaan bila pengadil bertanya anda (kadang-kadang ada pengadil yang terlebih ramah atau banyak bertanya bermaksud dia suka kucing anda dan ada harapan untuk menang.
15. Sekiranya kucing anda menang 1st place, akan ada lagi kategori seterusnya - Sentiasalah bersedia.
16. Sekiranya mempunyai masa, berbual-bual dan berkenalanlah dengan peserta lain, exhibitor dan pengunjung.
17. Selalu ke sangkar kucing anda belai-belai dan sikat kucing anda untuk menenangkan dan release stress.
18. Kalau ada permintaan terhadap kucing anda, cubalah seboleh mungkin penuhi, sekiranya kucing anda dalam keadaan yg baik / tidak tido / tidak garang dan sebagainya.
19. Jangan bersikap sombong semasa di Show.
19. Enjoy sepanjang perjalanan show itu walaupun tidak memenangi apa-apa.
20. Anda tidak boleh membawa balik kucing anda selagi semua pertandingan tidak tamat.
21. Melipat balik sangkar setelah tamat pertandingan.

Donts : during show :


1. Berlagak dan bersikap menyombong
2. Berdiam diri
3. Rasa rendah diri
4. Sentiasa jauh dari kucing anda
5. Memberi makan dan minum pada kucing anda
6. Mengkritik kucing-kucing dan peserta lain

Harap Tips ni dapat membantu yang lain..

1 comments:

anizarina said...

tkg kat..jumpe jugak benda2 yg sgt membantu.Rina 1st time akan join show nie..sekadar nk test pun... mmg 0 knowledge on do and donts.. will take note on every thing yg u tulis..really appricite ur advise :)..see you there

Post a Comment